Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Kelahiran Rasulullah telah mengangkat kaum Arab yang ketika itu hidup dalam kejahilan dengan mengamalkan cara hidup yang tidak elok seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain menjadi kaum yang tinggi martabatnya.
Maka atas sebab itu, tidak hairan lah jika terdapat beberapa tokoh di Amerika dan negara yang lain mengangkat Rasulullah atas sumbangan tersebut.
Majalah TIME keluaran Julai 1974 telah memetik satu buku yang ditulis oleh seorang warga Amerika Syarikat Michael H. Hart , The 100 : A ranking of the Most Influential Persons in History. Buku tersebut telah meletakkan nama Rasulullah sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah.
Pemilihan tersebut adalah berlandaskan tiga ciri sebagai ukuran iaitu :
1 : Pemimpin harus menyediakan kesejahteraan bagi orang yang dipimpinnya
2: Pemimpin menyediakan suatu organisasi sosial dimana semua orang merasa aman di dalamnya
3: Pemimpin menyediakan suatu kepercayaan bagi pengikutnya
Nama-nama lain yang telah mengangkat Rasulullah sebagai orang paling berpengaruh
1: (Diwan Chand Sharma, sarjana beragama Hindu dalam bukunya , The prophets of the East)
Muhammad adalah suatu jiwa yang bijaksana dan berpengaruh dan tidak dapat dilupakan oleh orang-orang di sekitarnya
2: (R.V.C Bodley dalam The Messenger)
Saya ragu apakah ada orang lain yang boleh mengubah keadaan manusia begitu besar seperti yang dilakukan dia (Muhammad SAW)
3: (R. Bosworth-Smith dalam Mohammed and Mohammedanism)
Dengan suatu keberuntungan yang sangat unik dalam sejarah, Muhammad adalah pendiri dari suatu negara, kerajaan dan agama.
Sifat Pemaaf dalam diri Rasulullah
"Kota yang telah memperlakukannya dengan sangat kejam, menindas, mengutuk dirinya dan pengikutnya, berada di bawah kakinya kini. Orang-orang yang dulu menindas dan menganiaya dirinya tanpa belas kasihan sekarang berada di bawah belas kasihannya. Tetapi di saat kemenangannya, segala kesalahan mereka dimaafkan dan mereka dibebaskan untuk tetap tinggal di Mekkah."
Mungkin ramai yang dah tau pasal Rasulullah, cume kat sini ditambah sikit2 aje yang tidak diketahui lagi.