Sedar x sedar, tinggal sebulan stgh lagi sblm detik 12.00 pagi dikira di Dataran Merdeka menandakan tahun 2011 dah bermula. Pejam celik..terase mcm masa berlalu sangat pantas sampai xsedar tahun 2010 sampai ke penghujung. Bile terkenang semula peristiwa utk tahun 2010, rupanya banyak jugak peristiwa, kenangan dan pengajaran daripada aktiviti sepanjang tahun 2010. Manis, pahit, masam, kelat, tawar..semua perasaan boleh diterjemahkan melalui lidah dan kemanisan mulut penulis.
"Kenangan indah rupanya xselame mane..pelangi hanya terbentuk 1/4 sahaja. Awan kelabu terus menggelapi seluruh langit selama sepurnama, dua purnama. Tatkala penghujung purnama, garisan perak menyuluh cahaya harapan di tengah kegelapan. dari suluhan cahaya, kelihatan jalan-jalan yang terbentuk masih samar-samar..dihadang semak samun......." ayap, 2010
"Sekilas pandang, jalan-jalan seperti mahu menonjolkan diri..bersama signboard arah tujuan dan menunjukkan laluan. Tetapi kedudukan 'alamat istana' masih tidak hadir di GPS..barangkali satelit menghadapi masalah. Aku masih tercari-cari untuk koordinat dari GPS Garmin supaya muncul di skrin. Masih menunggu...dan masih menunggu......." ayap, menjelang tahun 2011.
Mungkin ini sedikit ringkasan daripada kehidupan sepanjang tahun 2010 dan perancangan untuk tahun 2011. Seperti saya, semua orang mesti ada peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran dan menjadi 'penanda aras' supaya peristiwa tidak berulang kembali. Namun, sebijak-bijak kite merancang, ade YANG AMAT BIJAK yang menentukan baik buruk perancangan kita. Semoga banyak berdoa untuk perancangan kita untuk tahun yang akan datang.."hanya kepadaMu..ku berserah padaMu"
Tuesday, November 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kutuk2:
jgn pernah berhenti merancang & berusaha..kelak akan ada dtg rahmat & kebahagian utk kita semua..Amin..^^,
toyo : 'like' tumbs up
Post a Comment